Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 29 individu telah ditahan dalam operasi Ops Gegar yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sebuah pusat hiburan di kawasan Niah, Miri, semalam. Foto JIM Sarawak

Ops Gegar: 29 ditahan di Niah

MIRI, 23 Jun: Seramai 29 individu telah ditahan dalam operasi Ops Gegar yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sebuah pusat hiburan di kawasan Niah di sini, semalam.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, operasi yang melibatkan seramai 11 orang pegawai ini bertujuan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang, terutamanya melibatkan pekerja asing tanpa permit yang sah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 64 individu telah diperiksa secara keseluruhan, membawa kepada penahanan 29 orang yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 19 lelaki dan 10 wanita. Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen atas pelbagai kesalahan termasuklah penggajian pekerja asing tanpa dokumen sah dan salah guna permit.

JIM Sarawak menyeru orang ramai terutama pengusaha premis perniagaan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan, terutamanya berkaitan penggajian pekerja asing.

Pengambilan pekerja asing tanpa melalui saluran yang sah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif termasuklah eksploitasi dan isu keselamatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan