Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas pemain sayap Sri Pahang FC Muhamad Baqiuddin Shamsudin sah menjadi milik Terengganu FC (TFC). Foto Terengganu FC.

Muhamad Baqiuddin sah milik TFC

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 23 Jun: Bekas pemain sayap Sri Pahang FC Muhamad Baqiuddin Shamsudin sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).

Berita itu dikongsi pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman facebook rasmi TFC sebentar tadi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain berusia 31 tahun itu merupakan pemain baharu pertama yang menandatangani kontrak bagi musim 2025/2026 bersama pasukan itu.

“Muhamad Baqiuddin bakal menyarung jersi 77 dan akan menjalani latihan bersama pasukan pada 1 Julai ini.

“Kehadiran beliau sudah pasti memberi pilihan untuk mevariasikan corak serangan pasukan memandangkan kualitinya yang lincah dan kelajuan yang baik,” katanya dalam kenyataan itu.

Mohd Syahrizan berkata kehadiran pemain berketinggian 1.65 meter itu juga diharap dapat membantu mengukuhkan kubu pertahanan pasukan.

Selain Muhamad Baqiuddin, seorang lagi bekas pemain Tok Gajah dikhabarkan bakal menyertai TFC musim ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan