Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa sesak nafas diberi rawatan oleh EMRS, sementara bomba memadam kebakaran rumah di Jalan Sindanan, Penampang. Foto JBPM

Lelaki sesak nafas dalam kebakaran rumah di Penampang

PENAMPANG, 23 Jun: Seorang lelaki berusia 37 tahun mengalami sesak nafas selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Sindanan, di sini, pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40×50 kaki terbakar kira-kira 30 peratus. Seorang lelaki ditemui dalam keadaan sesak nafas dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba,” kata Komander Operasi, PBK II KUP Marcus Junior dalam kenyataan.

Operasi pemadaman turut dibantu BBP Kota Kinabalu, membabitkan kekuatan seramai 13 anggota bersama empat aset iaitu dua jentera FRT, satu EMRS dan sebuah tangki air.

Pasukan Bomba menggunakan satu aliran dua pancutan sepanjang 200 kaki dengan sumber air dari pili bomba dan tangki jentera bagi memadam kebakaran. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.38 pagi dan operasi ditamatkan jam 10.20 pagi.

Mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan awal.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan