Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Juma’ani sering ingatkan tentang kebajikan rakyat – Fatimah

ByFebbright James

KUCHING, 23 Jun: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyifatkan pemergian Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang memberi impak besar secara peribadi dan seluruh komuniti.

Menurut beliau, Juma’ani sentiasa memberikan sokongan dengan pelbagai cara kepada kementeriannya demi memastikan kebajikan segenap lapisan terjamin.

“Apabila kami (kementerian) mengadakan program-program terutamanya melibatkan pengiktirafan wanita, beliau selalu hadir memberikan sokongan. Beliau sentiasa memberikan nasihat kepada kami untuk memperbaiki perkhidmatan untuk wanita. Kumpulan yang sangat dekat di hati Allahyarhamah ialah individu-individu istimewa atau orang kurang upaya (OKU).

“Jelas terpancar di mata dan senyuman ikhlas Allahyarhamah apabila bertemu dengan warga OKU. Beliau akan memeluk anak-anak OKU dengan kasih sayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Majlis Penghormatan Terakhir Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di Masjid Jamek, Petrajaya hari ini.

Jelas Fatimah, pemergian Juma’ani pasti dirasai oleh golongan OKU kerana sifatnya yang lemah lembut.

“Selain suka berkongsi nasihat, Juma’ani seorang yang sangat rendah diri dan sentiasa memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Misalnya, dalam mana-mana majlis, beliau selalu mengingatkan kami tentang perkara yang mungkin terlepas pandang,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan