Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyiram air mawar di kubur Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Tanah Perkuburan Islam Samariang, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Jenazah Puan Sri Juma’ani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Jun: Jenazah isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada jam 1.52 tengah hari.

Kenderaan khas yang membawa jenazah Allahyarhamah bertolak dari pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak pada jam 1.11 petang dan tiba di tanah perkuburan kira-kira 13 minit kemudian.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama ahli keluarga terdekat hadir mengiringi upacara pengebumian, yang turut dihadiri barisan pemimpin negeri dan masyarakat setempat.

Terdahulu, majlis penghormatan terakhir berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum jenazah disolatkan dengan pimpinan Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, turut hadir memberi penghormatan terakhir kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Pakar Perubatan Normah pada jam 3.34 pagi tadi. Beliau meninggalkan suami, dua anak dan empat cucu.

Seorang tokoh wanita yang disegani, Allahyarhamah juga merupakan Pengerusi Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan aktif dalam pelbagai program kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan serta pembangunan wanita dan belia.

Pemergian beliau disifatkan sebagai kehilangan besar kepada Sarawak, khususnya dalam kalangan mereka yang pernah menerima manfaat langsung atau tidak langsung daripada usaha kebajikan yang digerakkannya.

Jasa dan keperibadian Allahyarhamah akan terus dikenang dan dihargai seluruh rakyat negeri ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan