KUCHING, 23 Jun: Jenazah isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang hari ini.
Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, diikuti dengan solat jenazah.
Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat Zohor.
Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Pusat Perubatan Normah, Kuching, pada jam 3.34 pagi tadi. -TVS