Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri mengucapkan takziah kepada keluarga Premier Sarawak. Foto DUN Bukit Saban (FB)

Isteri yang sentiasa beri sokongan kepada suami, pemergian Puan Sri Juma’ani amat dirasai – Uggah

ByYusuf Shukri

KUCHING, 23 Jun: Di sebalik kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dihormati dan disegani ramai wujudnya seorang wanita yang tidak pernah putus memberi sokongan padu kepadanya iaitu isteri beliau Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemergian Allahyarhamah sangat dirasai kerana sumbangan beliau yang amat bermakna terutama sekali kepada pembangunan komuniti.

“Rakyat Sarawak secara amnya merasai sentuhan beliau melalui aktiviti keagamaan, komuniti dan sosial terutama sekali ketika dia menyandang jawatan sebagai Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI),” kata Uggah ketika ditemui semasa penghormatan akhir Allahyarhamah di Masjid Jamek di sini, hari ini.

Mengimbau kembali, Uggah berkata nasihat yang disampainya, terutama sekali dalam menjaga keluarga, kawasan dan masyarakat sangat berharga dan akan diingati selamanya.

Sementara itu, isteri Uggah, Dato Doreen Mayang yang dilihat berlinangan air mata sejak tiba di Masjid Jamek berkata, Allahyarhamah Juma’ani selalu menekankan aspek kebajikan untuk golongan yang memerlukan.

“Setiap musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan sebagainya, beliau akan meminta kami untuk turun padang dan melawat rumah orang tua, rumah orang kelainan upaya (OKU), rumah anak yatim dan sebagainya.

“Yang paling dekat di hatinya adalah hospital, apa sahaja masalah di hospital, tidak kira di bandar atau luar bandar, beliau akan membantu dengan sedaya upaya. Beliau banyak menyumbang mesin dialisis untuk kegunaan dan kesenangan pesakit,” kata Doreen.

Sebagai Presiden SABATI, Doreen menyanjungi sumbangan Allahyarhamah kerana menjayakan pembinaan Wisma SABATI yang kini menjadi ikon kepada semua wanita SABATI.

Beliau juga menghormati Juma’ani kerana minat yang mendalam mempromosikan keringkam dan songket Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan