Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saifuddin Nasution hadir Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Amiruddin Shah (TVS).

Input RMK13 KDN dimuktamadkan hari ini

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 23 Jun: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memuktamadkan input tambahannya dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada petang ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail perkara itu akan dilaksanakan dalam mesyuarat khas KDN petang ini.

Beliau berkata tindakan itu menyusul selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ruang kepada setiap kementerian untuk membuat penambahbaikan bersesuaian.

“Pada Jumaat lepas Anwar mengarahkan semua kementerian untuk melaksanakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu meskipun Kementerian Ekonomi sebagai penyelaras sudah berada dalam fasa akhir penyediaan dokumen tersebut.

“Namun, Perdana Menteri percaya setiap kementerian masih ingin memberikan input dan idea baru. Beliau pandukan dengan pesanan bahawa pelarasan kecil dibenarkan, namun perubahan besar tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Saifuddin menjelaskan bagi KDN pula, penambahbaikan yang dicadangkan adalah bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan kecekapan dan memajukan sistem penyampaian perkhidmatan.

Menurutnya, pimpinan barisan utama KDN juga sebulat suara untuk menitikberatkan aspek penerapan teknologi AI sebagai tonggak dalam pembangunan RMK13.

“Kalau tidak dimasukkan komponen itu sebagai satu tonggak, pada sudut pandangan kami dokumen itu kurang lengkap,” katanya.

Saifuddin turut mengambil contoh pengurusan perbelanjaan dan proses kelulusan kewangan yang mengambil tempoh sehingga setahun untuk diurus dan diluluskan.

“Kalau ada pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) misalnya, semua proses mengambil masa paling cepat sembilan bulan. Saya cuba faham kenapa prestasi perbelanjaan kita masih lagi rendah.

“Kalau kita ikut kaedah biasa, begitulah. Maka isunya adalah bagaimana aplikasi AI boleh digunakan untuk mempercepat proses itu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan