Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba sensasi negara Hakim Danish Ramli mengakui berdepan kesukaran untuk merebut kedudukan podium pada Perlumbaan Dua Pusingan Keempat Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Litar Mugello, Florence, Itali semalam. Foto Hakim Danish Ramli.

Hakim Danish bergelut rebut kedudukan podium di RBMRC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Pelumba sensasi negara Hakim Danish Ramli mengakui berdepan kesukaran untuk merebut kedudukan podium pada Perlumbaan Dua Pusingan Keempat Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Litar Mugello, Florence, Itali semalam.

Beliau berkata beberapa pencabarnya menunjukkan kehebatan dan kekal pada bahagian hadapan ketika melalui selekoh, sekali gus menyukarkannya untuk memintas dan mendahului perlumbaan itu.

“Saya cuba berada di hadapan dan menjadi. Saya dapat lakukan dengan baik untuk dapatkan kedudukan kedua pada perlumbaan,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi ZK Racing hari ini.

Semalam, Hakim Danish menamatkan saingan di tempat kedua selepas dipintas pada saat akhir oleh pelumba Indonesia Veda Pratama setelah ketinggalan hanya 0.011 saat (s) dengan catatan masa 26 minit 44.347s.

Tempat ketiga menjadi milik wakil Sepanyol Benat Fernandez. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan