Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony bercakap dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya di sini hari ini. Foto, TVS.

CAAM ambil alih fungsi MAVCOM 1 Ogos

PUTRAJAYA, 23 Jun: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dirasionalisasikan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini, kata Anthony Loke.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, keputusan itu akan menyaksikan fungsi kawal selia industri penerbangan disatukan di bawah satu entiti, iaitu CAAM.

Jelas beliau CAAM akan mengambil alih sepenuhnya fungsi pengawalseliaan ekonomi yang sebelum ini dilaksanakan oleh MAVCOM.

“Rasionalisasi CAAM dan MAVCOM ini merupakan sebahagian daripada usaha reformasi institusi kerajaan untuk meningkatkan kecekapan struktur kawal selia, mengurangkan pertindihan fungsi antara agensi yang mempunyai peranan hampir sama dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih bersepadu dan efisien kepada industri dan rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut Anthony berkata langkah itu selaras dengan amalan terbaik antarabangsa apabila negara lain kini mengamalkan model kawal selia tunggal dalam sektor penerbangan.

Sementara itu katanya ke arah perlaksanakan rasionalisasi berkenaan, Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 (Akta 856) dan RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024 (Akta A1723) telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Jun 2024 dan di Dewan Negara pada 30 Julai 2024.

Kedua-dua akta telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 11 Sept 2024 dan telah disiarkan dalam Warta pada 25 Sept 2024.

“Kedua-dua akta berkenaan akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025 bersamaan dengan tarikh penguatkuasaan CAAM sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan