Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ustaz Mual Suaud ditemui pada sidang media Mesyuarat Akhir Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2025M di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada Isnin. Foto: TVS

Bintulu tuan rumah Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak

BINTULU, 23 Jun: Bahagian Bintulu  dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak 1447H/2025M yang berlangsung selama dua hari bermula 26 Jun ini dengan tema ‘Ummah Maju Makmur’.

Program anjuran Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini bertujuan memperingati peristiwa bersejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW, sambil memperkukuh semangat perpaduan dan kasih sayang sesama umat Islam.

Acara akan dimulakan dengan Majlis Doa Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H pada petang Khamis di Masjid Assyakirin, diikuti Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah pada pagi Jumaat di Dewan Suarah Bintulu.

Pengarah JAIS Sarawak, Ustaz Mual Suaud menyeru seluruh masyarakat Islam Bintulu agar hadir bersama menyemarakkan sambutan ini.

“Peristiwa hijrah bukan hanya sejarah, ia juga lambang perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang sesama umat.

“Sambutan ini mengajak kita mengambil iktibar dan menyatukan ummah demi agama dan negara,” katanya pada  sidang media di Pejabat Residen Bintulu hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.

Sambutan ini menjadi platform tahunan untuk menyuburkan nilai keislaman yang inklusif dan membina kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan