Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Khalid bercakap kepada pemberita selepas hadir Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini. Foto, Amiruddin Shah (TVS0.

38 tahun dalam PDRM, saya tidak pernah terlibat politik – Ketua Polis Negara

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 23 Jun: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menjelaskan beliau tidak pernah terlibat dengan parti politik sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan.

“Saya tidak pernah terlibat dengan mana – mana parti politik,” katanya ringkas kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kesilapan maklumat latar belakang dirinya pernah terlibat dengan UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar harian beberapa jam selepas perlantikan sebagai Ketua Polis Negara pada Jumaat.

Akhbar berkenaan bagaimanapun menarik balik kandungan berkenaan dan memohon maaf kepada Mohd Khalid namun tangkap layar hantaran berkenaan telah ditularkan di beberapa platform media sosial.

Sementara itu Mohd Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat akhbar itu dalam masa terdekat.

“Pihak berkenaan juga telah memohon untuk bertemu dan saya akan berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Mohd Khalid turut meminta agar pengamal media untuk membuat pelaporan yang terbaik, sahih dan tepat.

“Saya berharap hubungan yang rapat dan akrab perlu diteruskan melibatkan polis dengan wartawan kerana ia menjadi pokok utama untuk memberikan laporan terbaik,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri  yang turut sesi itu turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan