Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran. Foto AFP

Usaha bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran diatur secara terperinci

BATU PAHAT, 22 Jun: Usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran sedang diselaras oleh Kementerian Luar dengan kerjasama pegawai kedutaan Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, laluan keluar itu turut diatur secara terperinci.

“Saya percaya pendirian Kementerian Luar telah pun perjelaskan, termasuk penglibatan anggota-anggota kedutaan Malaysia.

‘Segala perancangan telah disusun rapi, merangkumi laluan keluar, negara persinggahan, serta kaedah kepulangan individu terbabit ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini, hari ini.

Kementerian Luar semalam memaklumkan bahawa pihaknya berada pada peringkat akhir memuktamadkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia serta ahli keluarga mereka dari Iran, susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

Peperangan yang berlarutan selama lebih seminggu membabitkan Israel dengan Iran itu memasuki episod baharu apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tentera negara itu telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz, dan Esfahan hari ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan