Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kanan) tiba di Stesen Keretapi Laju Samarkand bagi menghadiri Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025 pada Isnin. Foto Bernama

TPM Fadillah tiba di Samarkand untuk hadiri Forum Perkhidmatan Awam PBB

ByBernama

SAMARKAND, 22 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Stesen Keretapi Laju Samarkand, Uzbekistan hari ini bagi menghadiri Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025, yang dijadual berlangsung esok.

Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air disambut Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan Umid Mamadaminov dan Timbalan Gabenor Wilayah Samarkand Rustam Kobilov.

Fadillah dijadual menyampaikan ucaptama pada forum berkenaan untuk berkongsi pengalaman Malaysia dalam usaha mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Forum Perkhidmatan Awam PBB di Samarkand berlangsung dari 23 hingga 25 Jun, dan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB (UN DESA) dengan kerjasama Kerajaan Uzbekistan.

Forum itu memberi tumpuan kepada keperluan mendesak bagi mempercepat kemajuan dalam bidang pentadbiran awam dan penyampaian perkhidmatan dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan