SIBU, 22 Jun: Tindakan pantas pemilik berjaya menyelamatkan sebuah kedai makanan dan minuman di Jalan Maludam di sini, terbakar awal pagi tadi.
Komander Operasi, Thomson Sumping Crennal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.49 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati telah berlaku kebakaran dalam kedai Xiang Cafe and Food Centre yang menyebabkan kerosakan lebih kurang lapan peratus pada struktur bangunan.
“Anggaran keluasan kedai tersebut berukuran 20 x 40 kaki persegi berstruktur kekal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,api telah dipadam sepenuhnya oleh pemilik kedai runcit tersebut dengan menggunakan sumber air paip kedai.
“Komander Operasi membuat size up dan membuat pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan api telah padam sepenuhnya.
“Kebakaran tiada melibatkan kecederaan, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS