MIRI, 22 Jun: Tiga buah kereta terbiar terbakar di sebuah bengkel di Eastwood Industrial, Jalan Miri By Pass di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Mohammad Fairus Apit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.50 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan tiga buah kereta terbiar telah musnah terbakar keseluruhan.
“Pasukan bomba membuat pemadaman kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dałam kenyataan hari ini.
Katanya, setelah selesai kerja pemadaman pihak bomba bertolak balik ke balai.-TVS