Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu pada Jumaat lepas.

Tidak wajar sebar infografik maklumat palsu Ketua Polis Negara

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan penyebaran infografik mengandungi maklumat palsu yang mengaitkan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dengan parti politik tertentu sebagai satu fitnah.

Fahmi berkata infografik yang diterbitkan di media sosial itu mengandungi kenyataan yang tidak benar.

“Saya secara peribadi amat terkejut dengan penerbitan grafik infografik yang tidak betul kerana saya tidak pernah melihat Datuk Seri Khalid hadir dalam mana-mana acara, mesyuarat, konvensyen atau kongres parti.

“Itu satu fitnah yang bagi saya sangat buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park, Lembah Pantai, di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi turut menekankan peranan Majlis Media Malaysia dalam menangani isu yang melibatkan etika kewartawanan seperti ini.

“Kita baharu sahaja menubuhkan Majlis Media. Walaupun struktur majlis ini belum diwujudkan sepenuhnya, saya melihat ia sebagai platform terbaik untuk menguruskan isu termasuk berkaitan etika kewartawanan,” jelas beliau.

Terdahulu, sebuah infografik yang memaparkan latar belakang Mohd Khalid yang dikatakan pernah terlibat dengan UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar harian beberapa jam selepas perlantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara pada Jumaat.

Akhbar berkenaan bagaimanapun menarik balik kandungan berkenaan dan memohon maaf kepada Mohd Khalid namun tangkap layar hantaran berkenaan telah ditularkan di beberapa platform media sosial. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan