Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarafina Abdullah, Raba'ah Salleh dan Ryggel Rosmin ketika ditemui TVS semasa Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak di Kota Samarahan. Foto TVS.

Teater muzikal ketengah isu eksploitasi kanak-kanak

KOTA SAMARAHAN, 22 Jun: Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak 2025 Peringkat Bahagian Samarahan menjadi platform berkesan dalam menyampaikan mesej perlindungan terhadap kanak-kanak melalui pendekatan seni persembahan.

Pensyarah Program Drama dan Teater Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Syarafina Abdullah berkata, teater muzikal Anak Jalanan berjaya membawa penonton menyelami realiti penderaan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

“Kami gunakan lakonan, dialog dan muzik untuk menggambarkan situasi sebenar berkaitan eksploitasi kanak-kanak, supaya penonton lebih faham dan terkesan,” katanya.

Program anjuran bersama Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak itu turut menarik penyertaan ibu bapa serta komuniti setempat.

Raba’ah Salleh, 38, yang hadir bersama suami dan anak berkata, program tersebut memberi pendedahan berguna kepada ibu bapa mengenai bahaya eksploitasi siber.

“Anak-anak sekarang memiliki peranti sendiri. Pendedahan seperti ini penting agar mereka tahu batasan penggunaan peranti dan media sosial,” ujarnya.

Program itu turut mendapat sambutan dalam kalangan pelajar universiti termasuk Ryggel Rosmin, 23, pelajar tahun akhir Program Muzik UNIMAS yang berharap ia diteruskan pada masa akan datang.

“Program sebegini penting untuk mendidik kanak-kanak agar tidak menyalahgunakan media sosial yang boleh memberi kesan negatif,” jelasnya.

Ini merupakan penganjuran kali kedua program advokasi tersebut selepas kejayaan penganjuran pertamanya tahun lalu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan