Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontinjen SMK Engkilili terus mengukir sejarah gemilang apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Sri Aman 2025. Foto SMK Engkilili

SMK Engkilili unggul, juara keseluruhan MSS Bahagian Sri Aman 2025

LUBOK ANTU, 22 Jun: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili terus mengukir sejarah gemilang apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Sri Aman 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 20 Jun di Kompleks Sukan Lubok Antu.

Dengan kekuatan 113 atlet dan 14 jurulatih, kontinjen tersebut berjaya meraih 54 pingat emas, 29 perak dan 42 gangsa, menjana kutipan keseluruhan 648 mata, sekali gus mengekalkan penguasaan mereka seperti tahun-tahun sebelumnya.

Lebih membanggakan, atlet SMK Engkilili turut mencipta 12 rekod baharu kejohanan, memperlihatkan peningkatan prestasi luar biasa dalam kalangan pelajar.

Beberapa atlet yang mencuri tumpuan termasuk Arrel Arshavin, Atlet Terbaik Lelaki 13 Tahun, Andrew Bandaq Dellon, Atlet Terbaik Lelaki 15 Tahun, Angelica Nalam Lo, Atlet Terbaik Perempuan 14 Tahun, Berthilltiara Tentha Philip, Atlet Terbaik Perempuan 15 Tahun dan Joanna Sangster, Atlet Terbaik Perempuan 18 Tahun.

Pengetua merangkap Ketua Kontinjen, Hamdan Juli, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Jurulatih, Mohd Nur Ikmal Abd Rahman, Penolong Jurulatih, Justin Saban Tiong serta semua jurulatih, guru dan pegawai yang telah bertungkus-lumus menjayakan kontinjen tahun ini.

“Kejayaan ini bukan hanya milik atlet, tetapi seluruh warga SMK Engkilili,” ujar beliau.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan