Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear di Iran tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak terbabit, menurut penilaian awal Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad. Foto fail AFP.

Serangan AS ke atas tapak nuklear Iran tidak lepaskan radiasi – Badan pemantau

ByBernama

VIENNA, 22 Jun: Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear di Iran tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak terbabit, menurut penilaian awal Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Berikutan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran – termasuk Fordow – IAEA boleh mengesahkan bahawa setakat ini tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak dilaporkan,” kata badan pemantau antarabangsa itu pada awal pagi di platform X.

Agensi itu memaklumkan penilaian lanjut mengenai situasi di Iran akan diberikan sebaik sahaja maklumat tambahan diperoleh.

Amerika Syarikat menyokong kempen Israel untuk memusnahkan keupayaan nuklear Iran dalam serangan pada waktu malam dan menyerang tiga kemudahan nuklear, termasuk fasiliti pengayaan uranium bawah tanah yang berkubu di Fordow. – TVS

Tags: AS, iran, nuklear

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan