Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah Perodua Myvi musnah sepenuhnya selepas turut terbakar bersama rumah dalam kejadian di Checkpoint Tawau-Kunak awal pagi tadi. Foto JBPM

Rumah dan kereta musnah dalam kebakaran

TAWAU, 22 Jun: Sebuah rumah dan sebuah kereta Perodua Myvi musnah dalam kebakaran yang berlaku berhampiran kawasan Checkpoint Tawau-Kunak awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan pada jam 12.22 tengah malam.

Enam anggota dengan dua jentera, satu FRT dan satu EMRS dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai.

Komander Operasi, PBK I KUP Kamalrulzaman Roslie berkata, pihaknya mendapati struktur rumah jenis tidak kekal berkeluasan 40×40 kaki sedang terbakar sepenuhnya setibanya mereka di lokasi.

“Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi turut terbakar 100 peratus dalam insiden ini. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan dari sumber air jentera bomba.

Api dapat dikawal pada jam 1.05 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 2.07 pagi selepas pemeriksaan lanjut memastikan tiada lagi bahaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan