Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketika melarikan diri, suspek dikenali Buni berusia 25 tahun masih memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bergari.Foto IPD Sibu

Polis buru tahanan lolos diri daripada jagaan sah pihak berkuasa

SIBU, 22 Jun: Polis sedang memburu seorang tahanan lelaki warganegara Indonesia yang meloloskan diri daripada jagaan sah pihak berkuasa di Balai Polis Sentral, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili mengesahkan tahanan lelaki itu masih dalam tempoh reman bagi siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (kesalahan merogol).

“Ketika melarikan diri, suspek dikenali Buni berusia 25 tahun masih memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bergari.

“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari jagaan sah pihak berkuasa, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan kejadian itu, katanya, satu Operasi Kesan telah dilancarkan serta-merta dengan penglibatan semua elemen keselamatan dari IPD Sibu untuk mengesan dan menangkap semula tahanan tersebut.

“Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar segera menghubungi IPD Sibu di talian 084-344111 atau Pegawai Penyiasat ASP Mingat Bakil di talian 019-8867978 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan