Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar wanita di sebuah universiti swasta di Cyberjaya ditemui mati dipercayai dibunuh di bilik asramanya pagi semalam.Foto hiasan.

Polis buru dua lelaki cuba samun bersenjata di Hulu Selangor

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Polis sedang memburu dua lelaki kerana disyaki cuba melakukan samun bersenjata di sebuah kedai di Hulu Selangor pada awal pagi 18 Jun lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata perbuatan dua suspek itu dirakam kamera litar tertutup dan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian pada 6.42 pagi hari yang sama.

Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian itu turut tular di media sosial.

Katanya siasatan awal mendapati dua individu berpakaian serba hitam, bertopi, bertopeng muka dan bersenjatakan parang cuba menyerang mangsa ketika berada di kedainya selepas dipercayai memasuki premis itu melalui pintu belakang.

“Mangsa sempat menjerit meminta pertolongan menyebabkan kedua-dua suspek panik dan melarikan diri tanpa sempat mengambil sebarang barangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Asri berkata pihaknya sedang mengesan dua suspek berkenaan yang dipercayai lelaki tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132 atau Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Saful Abdul Rahman di 013-5547435.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan