Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilang penyimpanan habuk kayu di Jalan Jepak Industrial Estate, Bintulu terbakar awal pagi tadi. Foto JBPM

Pasukan ERT selamatkan kilang penyimpanan habuk kayu terbakar

BINTULU, 22 Jun: Kilang penyimpanan habuk kayu di Jalan Jepak Industrial Estate di sini, terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi, Muhd Shukri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.52 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan chipbin (penyimpanan habuk kayu) di lokasi tersebut.

“Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan dan berjaya dipadamkan oleh pasukan ERT kilang seramai sembilan orang dengan menggunakan tiga unit pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat cooling di sekitar kawasan kejadian dan di dalam chipbin tersebut.

Setelah memastikan tiada lagi punca api dan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.-TVS

Tags: bintulu, ERT, JBPM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan