Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Syakura Mohamad Musap juara kategori qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching. Foto TVS

Nur Syakura berguru dengan 15 guru Al-Quran

KUCHING, 22 Jun: Juara kategori qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching, Nur Syakura Mohamad Musap, 30 mengakui minat yang mendalam mempelajari Al-Quran mendorong dirinya berguru dengan hampir 15 guru Al-Quran berbeza.

Beliau yang bertugas sebagai Penyelia Guru Al-Quran bersama Majlis Islam Sarawak (MIS) menjelaskan selain mempelajari ilmu pembacaan Al-Quran di Sarawak dia turut mendapatkan bantuan daripada beberapa guru agama bergelar Ustaz di Semenanjung.

“Saya ambil peluang bertalaqi (berjumpa) dan bermusafahah (bersalaman dengan sesama jantina) dengan banyak guru terutamanya guru yang terkenal di Sarawak ini, antaranya Dato Haji Ismawi Duet, Awangku Umar Asfauddin dan arwah guru saya telah banyak membimbing saya iaitu Allahyarham Amnah Ayub

“Di Semenanjung, jika ada peluang saya akan bertalaqi dengan Ustaz Haji Che Yahya Daud dan Datuk Haji Ahmad Faizul Haji Ghazali dan banyak lagi,” katanya kepada TVS.

Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching tahun ini menyaksikan Syakura muncul juara selepas menewaskan enam qariah lain dengan mata terkumpul sebanyak 96 markah.

Syakura menzahirkan harapan agar golongan belia di negeri ini terutamanya dapat membudayakan pembacaan Al-Quran dan tidak leka dengan hiburan dunia semata-mata.

“Belia boleh merebut peluang ini untuk mempelajari Al-Quran untuk sama-sama menjadi generasi yang cintakan Al-Quran,” ujarnya lagi.

Selaku juara Syakura menerima wang tunai bernilai RM 1,500, sijil penyertaan dan hiasan bingkai ayat Al-Quran yang disampaikan oleh Datin Siti Shorgayah Ahamd yang juga isteri kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found