Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiang melakukan pelepasan perlumbaan pusingan akhir RC 1/8 GT Nitro Championship 2025 di Litar RC Sibu, Sungai Merah Times Square. Foto TVS

Litar RC Sibu berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu

SIBU, 22 Jun: Litar perlumbaan kereta kawalan jauh (RC) di Sungai Merah berpotensi besar menjadi tarikan pelancongan baharu di Sibu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang berkata, usaha itu selari dengan aspirasi menjadikan Litar RC Sibu sebagai destinasi pilihan peminat hobi dan pelancong ke daerah ini.

“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk membantu menaik taraf kawasan ini agar menjadi tumpuan pelancong dan peminat sukan RC.

“Sebagai wakil rakyat, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakannya,” katanya ketika menghadiri pusingan akhir RC 1/8 GT Nitro Championship 2025 di Sungai Merah Times Square, hari ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan awal RM10,000 sebagai sokongan kepada penganjuran kejohanan tersebut.

Bagaimanapun katanya, pembangunan jangka panjang memerlukan pelan induk tersusun daripada pihak penganjur bagi memudahkan usaha mendapatkan peruntukan tambahan pada masa depan.

Dalam pada itu, beliau memuji komitmen Pengerusi Swan Radio Control Club (SRCC), Francis Ling dan seluruh jawatankuasa yang berjaya menjadikan sukan RC sebagai aktiviti komuniti aktif dan inklusif.

Tiang yang juga ADUN Pelawan turut melihat sukan RC sebagai medium menarik minat golongan muda terhadap bidang mekanikal dan teknologi.

Kejohanan dua hari yang berlangsung pada 21 dan 22 Jun itu menarik 25 pelumba dari Sibu, Kuching, Miri, Saratok, Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam melibatkan tiga kategori perlumbaan.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found