Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli mahupun memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik. Foto Bernama

KPN Mohd Khalid bukan ahli parti politik – PDRM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak pernah menjadi ahli mahupun memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Setiausaha PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pihaknya memandang serius kesalahan laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini yang mengaitkan Mohd Khalid dengan sebuah parti politik.

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar, mengelirukan dan mencetuskan persepsi yang salah sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti pasukan keselamatan negara.

“PDRM juga menegur keras kecuaian media berkenaan dalam menerbitkan maklumat yang tidak disemak secara teliti dan telah mencalarkan reputasi pasukan serta individu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata etika kewartawanan seharusnya menuntut setiap laporan yang dikeluarkan perlu mendapat pengesahan fakta, proses semakan silang dan memiliki integriti dalam penulisan.

Kamaruzaman turut menegaskan pasukan itu berdiri atas asas neutraliti, integriti dan profesionalisme justeru PDRM tidak akan membiarkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pasukan berkenaan.

“PDRM kekal komited melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan memelihara ketenteraman awam,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan