Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire Hybrid terbakar di simpang P Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Lachau hari ini. Foto JBPM

Kenderaan mewah musnah dalam kebakaran

SRI AMAN, 22 Jun: Sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire Hybrid musnah terbakar dalam insiden di simpang P Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman–Lachau, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan pada jam 2.28 petang dan tiba di lokasi sejauh 60 kilometer kira-kira jam 3.08 petang.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kenderaan tersebut terbakar sepenuhnya dan tiada mangsa berada di tempat kejadian.

Pemeriksaan mendapati pemandu pergi ke Balai Polis Sri Aman untuk membuat laporan.

Komander Operasi, Noor Faqriakmal Jamari berkata, pasukan bomba bertindak pantas menggunakan satu aliran salur bantu dari tangki jentera bagi memadam kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal pada 3.18 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.40 petang.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dan satu unit EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan