Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin terus memperkukuh reputasinya di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Piala Dunia 2025 di Beijing, China, hari ini. Foto fail Bernama.

Bonnie terus unggul rangkul emas Piala Dunia 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin terus memperkukuh reputasinya di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Piala Dunia 2025 di Beijing, China, hari ini.

Badang kerdil kelahiran Sarawak itu melakukan angkatan terbaik seberat 215kg dalam saingan yang berlangsung di China Administration of Sports for Persons with Disabilities (CASPD), sekali gus mengekalkan penguasaannya dalam kategori berkenaan.

Bagaimanapun, pencapaian itu masih belum mampu mengatasi rekod dunia miliknya, iaitu 232kg yang dicatat ketika mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.

Pingat perak diraih atlet Cuba, Jesus Cuevas Cisneros dengan angkatan seberat 175kg, manakala atlet India, Ramubhai B. Bhambava membawa pulang gangsa selepas mencatat angkatan 151kg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan