Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Louis Ringah Kayan, Elvie Winikson George Winikson dan Mohamad Akmal Husin ketika ditemui TVS. Foto TVS

Warga universiti sambut baik usaha perangi dadah

KOTA SAMARAHAN, 21 Jun: Warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha yang dilakukan kerajaan negeri dalam memerangi dadah dengan melakukan pelbagai kempen advokasi bagi menyedarkan masyarakat termasuk dalam kalangan pelajar universiti.

Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, Dr Louis Ringah Kayan berkata, beliau menyambut baik jaringan kerjasama diantara pihak universiti dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan mengadakan Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah 2025 Peringkat Negeri Sarawak bersama kumpulan pelajar dalam yang masa berfungsi memberikan pengetahuan kepada pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah.

“Program seperti ini patut diadakan di universiti dan diadakan setiap masa disebabkan setiap kohort pelajar itu merupakan kohort pelajar yang berlainan,” katanya kepada TVS hari ini.

Bagi pelajar program Pengurusan Seni UNIMAS, Elvie Winikson George Winikson, 21, pula, program yang disertai kempen Antidadah yang berlangsung turut memberikan banyak maklumat bermanafaat kepada dirinya dalam memahami jenis dadah dan substans terlarang serta kesan penyalahgunaannya ke atas anggota badan.

“Selama ini kita tahu secara asas sahaja tetapi apabila kita berada di sini, kita dapat tahu lebih mendalam dan mereka (pegawai AADK) menerangkan lebih banyak perkara,” ujarnya.

Pelajar program Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Global UNIMAS, Mohamad Akmal Husin, 22, turut menyambut baik program tersebut dan mahu diadakan berterusan.

“Program ini sangat membantu kerana saya sendiri kini telah mengenal pasti jenis-jenis dadah selain dadah yang kita kenal iaitu syabu selain terdapat variasi-variasi lain dadah,” katanya.

Tahun ini Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah 2025 Peringkat Negeri Sarawak diadakan di UNIMAS dengan tema “Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan