Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara kilang kerugian RM733,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan dalam talian pada Mac lepas. Foto hiasan Envato

Warga emas rugi lebih RM700,000 diperdaya pelaburan tidak wujud

ByBernama

GEORGE TOWN, 21 Jun: Seorang pesara kilang kerugian RM733,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan dalam talian pada Mac lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian bermula apabila mangsa lelaki berusia 66 tahun itu menerima pesanan ringkas berkaitan pelaburan daripada seorang wanita.

“Lelaki itu dijanjikan pulangan keuntungan 10 hingga 15 peratus bagi setiap modal dilaburkan dalam tempoh 20 minit.

“Suspek mengarahkan mangsa mendaftar sebagai ahli menerusi satu aplikasi untuk mula melabur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah membuat 25 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun bank berbeza pada 7 Mac hingga 24 April sebelum menyedari telah ditipu kerana perlu membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya pada Rabu lepas dan Hamzah berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan