Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto fail AFP

Tahap kesihatan Perdana Menteri sangat baik – Pengarah Hospital Serdang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat baik, menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid.

Beliau berkata Anwar telah menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di hospital berkenaan hari ini.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dalam keadaan yang sangat baik.

“Beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.

Dr Farique Rizal berkata pemeriksaan kesihatan merupakan komitmen Perdana Menteri untuk memastikan beliau kekal cergas dan bersedia menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan