Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiang (kiri) menyerahkan dana kepada Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba Zon Sibu. Foto TVS

Seramai 131 penerima terima dana MRP berjumlah RM1.28 juta

SIBU, 21 Jun: Seramai 131 penerima terdiri daripada persatuan, kelab, badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekitar Sibu menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1.28 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, agihan dana itu merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan manfaat sampai terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Menurutnya, perkhidmatan kepada rakyat tidak sepatutnya dinilai berdasarkan latar belakang politik atau kaum, sebaliknya harus bersifat menyeluruh.

“Perkhidmatan kami kepada rakyat tidak bergantung kepada parti politik atau kecenderungan politik.Rakyat itu merangkumi mereka yang menyokong parti pemerintah mahupun pembangkang – tanpa mengira bangsa atau latar belakang.

“Asalkan anda berasal dari Sibu atau anak Sarawak, kami akan turun padang untuk berkhidmat,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Dana MRP di Bangunan UCA di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut memberi jaminan bahawa setiap janji yang dibuat akan terus diusahakan untuk dilaksanakan.

“Kami komited untuk terus berkhidmat.
Saya juga menyeru orang ramai supaya menilai dan memerhati kami. Jika masih ada kekurangan, datanglah kepada kami dan beri pandangan.

Kami tidak pernah mendakwa kami yang terbaik, tetapi kami sentiasa bersedia untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa, demi kemajuan Sibu dan kekuatan Sarawak,” tegasnya.

Belgian menasihatkan mana-mana persatuan atau individu agar menyelesaikan isu dalaman melalui saluran yang betul dan bukan secara terbuka.

Menurut beliau, tindakan saling menyerang di media bukan budaya rakyat Sarawak yang mementingkan perpaduan, keamanan dan saling menghormati.

“Saya menyeru agar semua pihak menggunakan sistem dan struktur sedia ada untuk menyelesaikan pertikaian. Jangan serang-menyerang secara terbuka atau membuat kenyataan kepada media. Itu bukan budaya kita di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan