Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran pengunjung luar dan dalam negara. Foto Awangku Afiq (TVS)

RWMF 2025: Persembahan bertaraf dunia curi tumpuan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 21 Jun: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 membuka tirainya dengan penuh meriah meskipun baru memasuki hari pertama penganjuran, diserikan dengan kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Acara bermula seawal jam 6 petang dengan upacara miring iaitu satu ritual tradisional masyarakat Dayak sebagai simbolik pembukaan festival.

Ia disusuli dengan persembahan pembukaan oleh Matthew Ngau Jau dan kumpulannya Lan E Tuyang dari Sarawak pada jam 6.15 petang.

Suasana semakin hangat apabila kumpulan The Paradise Bangkok Molam International Band dari Thailand mengambil alih pentas pada jam 7.35 malam disusuli kumpulan tempatan Naungan pada jam 8.10 malam.

Seterusnya, pentas RWMF menyaksikan kolaborasi unik antara pemuzik Indonesia dan Perancis menerusi kumpulan Gaga Gundul sebelum penonton dihiburkan dengan persembahan utama malam itu iaitu kumpulan etnik peribumi Siberia, Otyken pada jam 9.40 malam.

Festival malam pertama diakhiri dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Meruked sekitar jam 10.55 malam.

RWMF yang kini memasuki edisi ke-28 sejak mula dianjurkan pada 1998 terus menjadi platform berprestij menghimpunkan barisan pemuzik tempatan dan antarabangsa di lokasi ikonik, Kampung Budaya Sarawak.

Turut berangkat memeriahkan festival ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan