Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di hutan berhampiran Rumah Panjang Puyu, Sebauh, Bintulu, ditamatkan hari ini. Foto JBPM

Operasi SAR Rudy ditamatkan hari ini sehingga ada petunjuk baharu

BINTULU, 21 Jun: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di hutan berhampiran Rumah Panjang Puyu, Sebauh di sini, ditamatkan hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rudy Ranggau, 36, dilaporkan keluar dari rumah sekitar jam 5 pagi Sabtu lalu untuk mencari katak di kawasan Sungai Asau dan Sungai Puyu, terletak di belakang rumah panjangnya masih gagal ditemui hingga SAR hari ketujuh.

Komander Operasi, Gary Alrisen Julen berkata, dalam SAR yang dimulakan pagi tadi pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.

“Pasukan A digerakkan ke lokasi kebun manakala, kumpulan B berada di lokasi upacara miring dilakukan iaitu lokasi terakhir mangsa disyaki hilang dalam radius dua kilometeer dan tiada sebarang petunjuk ditemui.

“Pada jam 2.20 petang pasukan SAR membuat pencarian di kawasan sektor A2 dan sektor B2 dengan menggunakan kaedah fan searching dan follow the stream dalam radius satu kilometer dari Pos Kawalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada jam 4.10 petang operasi SAR ditutup sepenuhnya setelah perbincangan kesemua agensi sehingga ada petanda baharu dijumpai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan