Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai Perarakan Gawai Dayak 2025 hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Niti Daun 2025: Serlah keunikan budaya pelbagai etnik Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 21 Jun: Perarakan Niti Daun sempena Perayaan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 sekali lagi memperlihatkan keunikan budaya pelbagai etnik di negeri ini dengan sorotan utama tahun ini diberikan kepada komuniti Orang Ulu sebagai giliran tuan rumah.

Lebih bermakna, acara perarakan ini diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengetuai barisan hadapan perarakan bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Tahun ini, giliran komuniti Orang Ulu diberi penghormatan untuk mengetuai Niti Daun 2025, selari dengan tradisi tahunan yang dianjurkan secara bergilir antara komuniti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Sebanyak 90 kontinjen mengambil bahagian dalam acara itu yang bermula di Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Waterfront Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tradisi tahunan ini dianjurkan secara bergilir antara komuniti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, dengan pelbagai persembahan yang mencerminkan identiti unik setiap etnik. Bagi memulakan acara, satu upacara Mamat dari komuniti Orang Ulu telah diadakan di lobi Bangunan Tun Jugah sebagai simbol restu roh nenek moyang.

Mengulas mengenai penganjurannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan acara tersebut bukan sahaja perayaan, malah sumbangan penting komuniti Dayak terhadap pembinaan negara.

“Ini merupakan salah satu cara untuk kita memperkayakan budaya masyarakat Malaysia yang sedia ada. Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk membantu masyarakat lain memahami tradisi dan budaya kaum Dayak yang menjadi inspirasi kepada perpaduan kita,” katanya kepada pemberita selepas perarakan berkenaan selesai.

Sebanyak 90 kontinjen mengambil bahagian dalam acara itu yang bermula di Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Waterfront Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Perarakan sepanjang 1.2 kilometer itu melibatkan 90 kontinjen dengan 2,730 peserta, terdiri daripada persatuan komuniti Dayak, veteran ATM, serta penyertaan istimewa daripada Dayak Kalimantan, Indonesia.

Laluan perarakan bermula pada jam 2 petang dari Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Pentas Utama Kuching Waterfront.

Turut hadir menyaksikan perarakan tersebut ialah Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sebanyak 90 kontinjen mengambil bahagian dalam acara itu yang bermula di Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Waterfront Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Bagi mengiktiraf kreativiti dan semangat peserta, satu jawatankuasa khas telah menilai persembahan semua kontinjen. Tiga pemenang utama dalam kategori Orang Ulu, Bidayuh dan Iban masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000 (tempat pertama), RM5,000 (kedua), RM3,000 (ketiga) manakala saguhati RM1,000 turut disediakan.

Bagi kategori Orang Ulu, Persatuan Tagal Okolod Sarawak (PTOS) muncul juara, diikuti Persatuan Lahanan Sarawak (PLAS) di tempat kedua dan Persatuan Wanita Kayan Sarawak (PWKS) di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi kategori Bidayuh, tempat pertama dimenangi oleh Persatuan Pewaris Adat Asal Singai, Bau (PA’AS), manakala DBNA Penrissen dan DBNA Siburan masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Dalam kategori Iban, Raban Betong 2025 merangkul tempat pertama, diikuti GOASS: Persatuan Etnik Dayak Asal Sarawak (PEDAS) dan Sarawak Dayak National Union, Bahagian Belia sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan