Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu mesyuarat antarabangsa penting bagi menghentikan permusuhan antara Israel dan Iran bermula pada Jumaat di Geneva, menandakan permulaan usaha diplomatik intensif selama dua minggu bagi mengelak konflik lebih meluas di Timur Tengah. Foto AFP

Mesyuarat di Geneva bermula bagi bendung konflik Israel-Iran daripada merebak

ByBernama

GENEVA, 21 Jun:  Satu mesyuarat antarabangsa penting bagi menghentikan permusuhan antara Israel dan Iran bermula pada Jumaat di Geneva, menandakan permulaan usaha diplomatik intensif selama dua minggu bagi mengelak konflik lebih meluas di Timur Tengah.

Setiausaha Luar Britain David Lammy, Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot dan Menteri Luar Jerman Johann Wadephul mengadakan rundingan dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi bagi membincangkan aktiviti nuklear Tehran dan mengenal pasti jalan diplomatik bagi mengelakkan peningkatan ketegangan.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas turut menghadiri mesyuarat itu, menurut Anadolu Ajansi.

Rundingan ini berlangsung selepas seminggu serangan Israel ke atas kemudahan ketenteraan dan nuklear Iran serta serangan balas oleh Tehran.

Rundingan di Geneva ini dilihat sebagai langkah penting untuk mewujudkan momentum menjelang Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu hadapan di The Hague, yang dijangka memberi tumpuan utama kepada isu keselamatan Timur Tengah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan