Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan menyifatkan keadaan kemanusiaan di Gaza lebih buruk daripada situasi di kem tahanan Nazi. Foto fail AFP

Keadaan di Gaza lebih teruk daripada kem tahanan Nazi – Erdogan

ByBernama

ISTANBUL, 21 Jun: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan menyifatkan keadaan kemanusiaan di Gaza lebih buruk daripada situasi di kem tahanan Nazi.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), beliau menyuarakan pandangan itu dalam ucapan lantang semasa Sesi ke-51 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di Istanbul.

“Dua juta saudara kita di Gaza bergelut untuk terus hidup selama 21 bulan dalam keadaan yang lebih dahsyat daripada kem tahanan Nazi,” kata Erdoğan.

Beliau menegaskan bahawa Turkiye meneruskan usahanya untuk mengenakan langkah paksaan terhadap Israel berasaskan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Presiden Turkiye itu menyatakan bahawa lebih 55,000 orang maut dalam serangan Israel di Gaza, dengan lebih 65 peratus daripada mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

“Turkiye berkongsi kesedihan dan penderitaan rakyat Palestin,” katanya. “Beritahulah kepada saudara-saudara kita di Palestin bahawa walau setebal mana kegelapan penindasan, keadilan pasti akan menang dengan izin Tuhan, dan kemenangan pasti milik mereka yang beriman.”

Erdoğan mendakwa Israel semakin mengamalkan dasar penjajahan, kemusnahan dan pembunuhan sejak dua tahun lepas, sambil memberi amaran bahawa Israel, dengan sokongan tanpa syarat kuasa-kuasa Barat, sedang menjerumuskan rantau itu ke arah ketidakstabilan yang lebih parah.

“Israel telah mengubah Gaza menjadi runtuhan di depan mata dunia,” kata Erdoğan. “Ia mengebom hospital, sekolah, masjid dan gereja. Ia membunuh dengan kejam orang ramai yang sedang menunggu dalam barisan bantuan untuk mendapatkan sebungkus tepung, semangkuk sup atau sekeping roti kering.”

Beliau turut mengecam pembunuhan harian ratusan orang awam tidak bersalah oleh tentera Israel, yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Erdoğan berkata Israel turut menyerang Lubnan, Yaman dan Syria, malah mendakwa Israel cuba mencetuskan kekacauan di Syria dengan memprovokasi pelbagai kumpulan supaya menentang kerajaan negara itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan