Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kabel kuasa bawah laut Estlink 2, menghubungkan Estonia dengan Finland yang mengalami kerosakan hujung tahun lepas kini kembali beroperasi sepenuhnya dan disambungkan semula ke pasaran elektrik, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).Foto AFP

Kabel kuasa bawah laut Baltik siap diperbaiki selepas insiden disyaki sabotaj

ByBernama

RIGA, 21 Jun:  Kabel kuasa bawah laut Estlink 2, menghubungkan Estonia dengan Finland yang mengalami kerosakan hujung tahun lepas kini kembali beroperasi sepenuhnya dan disambungkan semula ke pasaran elektrik, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pengendali rangkaian Estonia, Elering berkata kerja pembaikan yang dijalankan dengan bantuan kapal khas berjalan lancar dan siap lebih awal daripada jadual asal.

Bahagian kabel sepanjang 170 kilometer yang rosak telah dibuang dan digantikan dengan segmen sepanjang satu kilometer, menurut kenyataan itu.

Kabel Estlink 2 terputus pada 25 Disember akibat sauh kapal, dan kerosakan turut ditemukan pada beberapa kabel komunikasi lain yang berdekatan.

Pihak berkuasa Finland telah menahan kapal tangki Eagle S, yang berada di kawasan itu ketika kejadian mencurigakan berlaku.

Kapal berkenaan berdaftar di bawah bendera Kepulauan Cook dan menurut dakwaan Kesatuan Eropah, ia tergolong dalam armada bayangan Rusia – merujuk kepada kapal tangki dan kargo lain yang digunakan Rusia untuk mengelak sekatan susulan serangan ke atas Ukraine.

Penyiasat mengesyaki kru kapal Eagle S sengaja menyebabkan kerosakan dengan menyeret sauh di dasar laut.

Kapal tangki itu telah dibebaskan daripada tahanan Finland pada awal Mac dan dibenarkan meninggalkan perairan negara berkenaan. Namun, tiga anak kapal termasuk kapten masih tidak dibenarkan meninggalkan negara itu.

Pendakwa Raya Finland masih meneliti bukti bagi menentukan sama ada pertuduhan rasmi akan dikemukakan, termasuk atas dakwaan sabotaj dan gangguan serius terhadap perkhidmatan telekomunikasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan