Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konflik ketenteraan tercetus pada 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan tentera dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas. Foto fail AFP

Iran gagalkan serangan siber berskala besar Israel terhadap rangkaian perbankan, infrastruktur kritikal

ByBernama

ISTANBUL, 21 Jun: Komando Keselamatan Siber Iran mengumumkan bahawa beberapa cubaan Israel untuk mengganggu sistem infrastruktur penting negara, termasuk rangkaian perbankan, berjaya digagalkan sejak tercetusnya konflik antara kedua-dua pihak, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Agensi Berita Mehr pada Jumaat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Komando itu memaklumkan antara kejayaan utama yang dicapai ialah menangkis serangan “distributed denial-of-service” (DDoS) berskala besar, mengehadkan akses kumpulan penggodam kepada sistem sabotaj dan kecurian data, serta mengakibatkan kerosakan sebahagian ke atas sistem kawalan dan perintah (C4I) Israel yang berkait dengan operasi ketenteraan.

Selain itu, Iran turut menyekat usaha mengeksploitasi perisian hasad menerusi telefon mudah alih oleh pihak musuh, menurut kenyataan itu lagi.

Komando Keselamatan Siber Iran turut memberi amaran bahawa mana-mana individu yang bersekongkol dengan Israel akan dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Konflik ketenteraan tercetus pada 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan tentera dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

Sementara itu, media Iran melaporkan seramai 639 orang terbunuh dan lebih 1,300 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas negara itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan