Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Jumaat bahawa hubungan antara negara anggota BRICS semakin kukuh dan perdagangan bersama terus berkembang, dengan jumlah dagangan antara negara-negara terlibat kini melebihi US$1 trilion. Foto fail AFP

Hubungan dalam BRICS semakin kukuh, perdagangan bersama terus meningkat – Putin

ByBernama

ST. PETERSBURG, 21 Jun: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Jumaat bahawa hubungan antara negara anggota BRICS semakin kukuh dan perdagangan bersama terus berkembang, dengan jumlah dagangan antara negara-negara terlibat kini melebihi US$1 trilion.

“Perhatian khusus diberikan kepada usaha memperkukuh hubungan dalam BRICS. Jumlah dagangan bersama antara negara kita telah pun melebihi US$1 trilion dan terus meningkat. Semua ini merupakan elemen penting dalam platform pertumbuhan global.

“Dan semuanya berasaskan prinsip utama BRICS – iaitu konsensus, kesamaan dan pertimbangan terhadap kepentingan antara satu sama lain,” kata Putin semasa sesi pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) 2025, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Putin berkata negara-negara BRICS kini melaksanakan pelbagai inisiatif berskala besar, termasuk dalam bidang tenaga nuklear dan robotik, sambil menambah bahawa sumbangan ekonomi BRICS kepada ekonomi global telah meningkat dua kali ganda sejak awal abad ini dan dijangka terus berkembang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan