Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mario Kriegi, Timothy Tyrone Owens dan Claude Jiseph Wood Jr ketika sidang media RWMF hari ini. Foto Surfri Affendi (TVS)

Earth, Wind & Fire Experience by Al Mckay bawa nilai kasih sayang dan harmoni ke RWMF 2025

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 21 Jun: Kumpulan Earth, Wind & Fire Experience by Al Mckay bakal membawakan elemen kasih sayang dan keharmonian untuk pentas sulungnya di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025.

Salah seorang vokalis kumpulan itu, Timothy Tyrone Owens berkata, mereka bakal tampil dengan barisan 13 pemuzik di atas pentas demi mengekalkan bunyi asal kumpulan legenda Earth, Wind & Fire dari hasil visi asal pengasasnya, Alan Kay.

“Alan Kay menubuhkan kumpulan ini bagi meneruskan legasi Earth, Wind & Fire dengan mengekalkan keaslian muzik kumpulan ini.

“Perjalanan kami penuh dengan pelbagai perubahan namun kini kami sampai ke tahap kami dapat menzahirkan visi asal itu,” katanya kepada pemberita ketika sidang media RWMF 2025 di sini, hari ini.

Ujarnya, muzik yang bakal dibawa merangkumi pelbagai genre seperti jazz, funk, disko, R&B serta elemen Afro-Cuban yang mencerminkan tema festival tahun ini iaitu Connections: One Earth, One Love.

Katanya, beliau percaya bahawa mesej dalam muzik sejajar dengan semangat festival ini yang meraikan kesatuan dan spiritualiti.

Dalam masa sama salah seorang ahli kumpulan tersebut, Claude Jospeh Wood Jr menambah bahawa muzik mereka terus mendapat sambutan generasi muda kerana tenaga positif yang disampaikan semasa persembahan.

“Selama 23 tahun saya menyanyikan lagu-lagu ini, saya dapat merasakan tenaga yang mengalir antara kami dan penonton. Ia seperti satu pertukaran getaran positif yang dapat menyentuh hati sesiapa sahaja,” katanya.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu September akan memeriahkan pentas RWMF 2025 sebagai persembahan utama di Kampung Budaya Sarawak pada jam 10.20 malam ini bersama barisan artis tempatan dan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan