Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarah Hafizah Edwin Chandra Perkasa, 28 tahun, Ketua Wartawan Digital Sarawak Tribune, yang semalam diumumkan sebagai penerima Pingat Emas bagi Penulisan Rencana Terbaik di Anugerah Kewartawanan Malaysia (MPI)-PETRONAS 2024. Foto Sarah Hafizah

Dua tahun raih emas, wartawan muda Sarawak cetus inspirasi

ByOdleen Catherny

KUCHING, 21 Jun: Menang sekali mungkin kebetulan. Namun menang dua tahun berturut-turut dalam anugerah kewartawanan paling berprestij negara adalah bukti ketekunan, semangat dan bakat luar biasa.

Itulah kisah Sarah Hafizah Edwin Chandra Perkasa, 28, Ketua Wartawan Digital Sarawak Tribune yang diumumkan sebagai penerima Pingat Emas Penulisan Rencana Terbaik di Anugerah Kewartawanan Malaysia (MPI)-PETRONAS 2024.

Di sebalik pengiktirafan itu, tersingkap kisah perjuangan sunyi seorang wartawan muda yang menyempurnakan rencana tersebut ketika sedang hamil dan mengharungi tekanan tugas harian.

Sarah Hafizah Edwin Chandra Perkasa, 28 tahun, Ketua Wartawan Digital Sarawak Tribune, yang semalam diumumkan sebagai penerima Pingat Emas bagi Penulisan Rencana Terbaik di Anugerah Kewartawanan Malaysia (MPI)-PETRONAS 2024. Foto Sarah Hafizah

“Saya tahu cerita ini penting. Saya teruskan perlahan-lahan,” ujarnya.

Sarah bukan asing di pentas anugerah kerana tahun lalu, beliau memenangi Anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail, menjadikannya antara segelintir wartawan yang berjaya menggenggam dua anugerah utama MPI dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Namun bagi Sarah, kemenangan bukan tujuan utama.

“Saya harap pengiktirafan ini membawa lebih perhatian kepada cerita dari Sarawak. Banyak kisah bermakna di sini yang belum diketengahkan,” jelasnya.

Sarah Hafizah Edwin Chandra Perkasa, 28 tahun, Ketua Wartawan Digital Sarawak Tribune, yang semalam diumumkan sebagai penerima Pingat Emas bagi Penulisan Rencana Terbaik di Anugerah Kewartawanan Malaysia (MPI)-PETRONAS 2024. Foto Sarah Hafizah

Sarah juga menitipkan semangat buat wartawan muda Borneo:

“Saya harap lebih ramai anak Sarawak berani tampil. Kita pun layak berada di ruang ini. Suara kita penting, kerja kita bermakna. Terus sokong satu sama lain dan teruskan bercerita,” kata Sarah

Sarah Hafizah Edwin Chandra Perkasa, 28 tahun, Ketua Wartawan Digital Sarawak Tribune, yang semalam diumumkan sebagai penerima Pingat Emas bagi Penulisan Rencana Terbaik di Anugerah Kewartawanan Malaysia (MPI)-PETRONAS 2024. Foto Sarah Hafizah

Bercerita lanjut, Sarah memberitahu pada tahun lalu, beliau memenangi Anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail, yang bermakna dia sudah membawa pulang dua anugerah utama MPI dalam dua tahun berturut-turut.

Namun bagi Sarah, penghargaan sebenar ialah peluang untuk mengangkat kisah-kisah dari tanah kelahiran sendiri ke khalayak yang lebih luas.

“Saya harap pengiktirafan ini bawa lebih perhatian kepada cerita dari Sarawak. Banyak kisah bermakna yang belum diketengahkan,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, TV Sarawak (TVS) turut mencatat pencapaian membanggakan apabila disenaraikan dalam lima penyertaan terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia 2024.

Wartawan TVS, Connie Grace Ujan berjaya menempatkan diri dalam senarai lima terbaik bagi Kategori Kewartawanan ESG Terbaik menerusi laporan bertajuk Buluh Sumber Utama Kelestarian Alam Sekitar.-TVS

Wartawan TVS Connie Grace Ujan berjaya menempatkan diri dalam kalangan lima terbaik di bawah Kategori Kewartawanan ESG Terbaik dengan laporan berita Buluh Sumber Utama Kelestarian Alam Sekitar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan