Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan etnik pribumi Siberia, Otyken

Aura Siberia warnai pentas RWMF 2025

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 21 Jun: Kumpulan etnik peribumi dari Siberia, Otyken memukau ribuan penonton dengan persembahan bertenaga pada Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025.

Kumpulan yang terdiri daripada tujuh wanita dan seorang lelaki itu tampil di pentas utama pada jam 9.40 malam mempersembahkan beberapa lagu popular mereka termasuk Legend, Phenomenon dan Altay.

Persembahan selama satu jam itu sarat dengan elemen budaya unik dan irama muzik etnik yang memikat sehingga berjaya menghidupkan suasana dan mengajak penonton menari serta bersorak bersama.

Salah seorang vokalisnya, Azyan turut mencuri perhatian apabila berinteraksi dengan penonton dengan melaungkan Rainforest, Kuching, Sarawak dan Spasiba yang bermaksud terima kasih dalam bahasa Rusia.

Sebagai persembahan utama malam itu, Otyken turut mengenakan pakaian tradisional etnik mereka, menyerlahkan lagi kekayaan budaya Siberia yang dibawa di pentas RWMF. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan