Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 5 petang ini. Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir di tujuh negeri, WP Labuan hingga 5 petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran itu melibatkan seluruh negeri di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Perak (Larut, Matang Dan Selama).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor untuk kawasan Kota Tinggi manakala di Sarawak membabitkan Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Turut dilanda cuaca sama ialah kawasan di pedalaman Sabah membabitkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud), Kudat (Kota Marudu, Kudat) serta Wilayah Persekutuan Labuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan