Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merakam gambar kenangan bersama penerima penghargaan MTL 2025. Foto Peter Apit.

TVS, UKAS terima penghargaan laporan MTL 2025

 

SIBURAN, 20 Jun: TV Sarawak (TVS) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) antara penerima penghargaan sebagai petugas media yang melaporkan insiden bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2025 yang berlaku antara 28 Januari hingga 6 Februari lalu.

Pengiktirafan tersebut disampaikan sempena Majlis Merun Kasah dan Penghargaan kepada Petugas Monsun Timur Laut 2025, yang berlangsung di Dewan Tapah, Siburan pada Jumaat.

Turut menerima penghargaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian, Pegawai Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, pertubuna bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, bencana yang berlaku ketika sambutan Tahun Baru Cina itu menuntut komitmen serta kerjasama padu daripada semua pihak dalam membantu seramai 2,554 mangsa banjir yang terjejas.

“Pengorbanan saudara dan saudari yang bertugas siang malam termasuk hujung minggu demi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat amat dihargai.

“Tindakan pantas dalam pengurusan pemindahan mangsa, penyampaian bantuan dan pemulihan pasca bencana mencerminkan tahap komitmen serta profesionalisme yang luar biasa,” katanya.

Menurutnya, beliau merakamkan penghargaan kepada ketua masyarakat, ketua kaum, tuai rumah dan komuniti setempat yang memberikan kerjasama penuh sepanjang tempoh amaran cuaca serta semasa kejadian bencana.

Penghargaan turut dizahirkan kepada penyumbang dan penderma yang menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan, peralatan elektrik, selimut, bantal dan pakaian kepada mangsa terlibat.

Sagah turut memaklumkan bahawa sebanyak 55 kejadian bencana direkodkan sepanjang musim MTL tahun ini termasuk banjir, tanah runtuh, hakisan tanah dan pokok tumbang, dengan nilai kerugian dilaporkan kepada Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mencecah RM31.7 juta.

Untuk persediaan menghadapi bencana akan datang, sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sedang dinaik taraf di seluruh Sarawak.

Sementara itu, Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM780,000 diluluskan untuk disalurkan kepada 780 Ketua Isi Rumah yang berpindah ke PPS dan kini sedang dalam proses pembayaran. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found