Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga kenderaan terbakar di kawasan tempat letak kereta di Jalan Bebuling, Betong, hari ini. Foto JBPM Sarawak

Tiga kenderaan terbakar di tempat letak kereta

BETONG, 20 Jun: Tiga kenderaan terbakar dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta berbumbung di Jalan Bebuling, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak, kejadian dilaporkan pada jam 10.59 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong tiba di lokasi kira-kira 14 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah van jenis Toyota Liteace dan sebuah kereta Proton Saga yang musnah terbakar hampir 100 peratus.

“Sebuah motosikal jenis Honda Wave turut terbakar kira-kira 10 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada pam jentera sehingga api padam sepenuhnya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operasi diketuai PBK II (TBK I) Nickson Asean Akui dengan keanggotaan lapan anggota serta tiga aset logistik termasuk sebuah jentera FRT, EMRS dan Hilux.

Pasukan Bomba Sukarela Spaoh seramai sembilan anggota turut membantu dalam operasi, yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SESCO. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan