Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premis perniagaan menjual petrol di Kampung Nangoh terbakar sepenuhnya dalam kejadian pagi tadi. Foto PDRM Beluran

Seorang rentung dalam kebakaran premis jual petrol

BELURAN, 20 Jun: Seorang wanita rentung manakala suaminya cedera parah apabila premis perniagaan mereka yang menjual petrol di Kampung Nangoh, Beluran musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.40 pagi selepas pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kebakaran melibatkan sebuah kedai papan.

“Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari kawasan premis yang menyimpan bahan mudah terbakar sebelum api merebak dengan pantas,” katanya dalam kenyataan media.

Mangsa wanita berusia 58 tahun disahkan maut di lokasi kejadian selepas ditemukan rentung manakala suaminya berusia 60 tahun mengalami kecederaan melecur hampir 46 peratus anggota badan termasuk tangan dan muka.

Mangsa lelaki dikejarkan ke Hospital Beluran untuk menerima rawatan lanjut manakala mayat isterinya dihantar ke Hospital Sandakan bagi tujuan bedah siasat.

Polis membuka satu kertas siasatan laporan mati mengejut (SDR) dan masih menyiasat punca sebenar kejadian.

“Pihak PDRM Beluran menasihatkan semua pengusaha premis supaya sentiasa mematuhi aspek keselamatan, terutamanya jika melibatkan penyimpanan bahan mudah terbakar,” tambah Hasan.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found