Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chambai (empat kiri) menyerahkan sumbangan kepada Jonathan di PPS Sk Tanjung Penasu. Foto SDNU Sibu

SDNU Sibu hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

SIBU, 20 Jun: Prihatin terhadap nasib mangsa kebakaran, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu tampil menyampaikan bantuan kepada penghuni Rumah Jonathan Budun di Tanjung Penasu yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran baru-baru ini.

Rombongan SDNU Sibu yang diketuai Pengerusinya, Chambai Lindong mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tanjung Penasu semalam yang menempatkan kesemua mangsa.

Dalam lawatan itu, mereka menyerahkan pelbagai barangan keperluan asas termasuk makanan dan kelengkapan harian sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap keluarga yang terkesan.

“Kami hadir bukan sahaja untuk menyerahkan bantuan tetapi untuk menyatakan bahawa mereka tidak bersendirian. Mereka sentiasa ada dalam ingatan dan doa kami,” kata Chambai.

Beliau turut menyeru masyarakat, NGO, dermawan dan agensi kerajaan agar tampil menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk fizikal atau sokongan moral.

“Mereka memerlukan bukan sahaja keperluan asas tetapi juga semangat untuk membina semula kehidupan yang musnah dalam sekelip mata,” ujarnya.

Menurut Chambai, SDNU Sibu komited untuk terus berdiri bersama komuniti dalam menghadapi saat sukar.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang pada 16 Jun lalu, rumah panjang sembilan pintu itu musnah dijilat api dalam masa singkat menyebabkan semua penghuni kehilangan tempat tinggal dan harta benda.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan