Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian. Foto TVS

SDG: Sarawak catat pencapaian 58 peratus

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Jun: Sarawak mencatatkan pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan dengan kadar pelaksanaan sebanyak 58 peratus jauh mengatasi purata kebangsaan iaitu 43 peratus.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjayakan agenda pembangunan mampan yang disesuaikan dengan keperluan tempatan.

“Saya amat gembira kerana kita berada di atas purata kebangsaan. Saya berharap, dari semasa ke semasa, kita bukan sahaja mahu melokalkan SDG tetapi juga mahu parameter SDG itu sendiri disesuaikan dengan keadaan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan URBANICE Malaysia bagi penyediaan Laporan SDGs Voluntary Local Review (VLR) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia, Norliza Hashim menyifatkan pencapaian Sarawak sebagai luar biasa hasil kerjasama kukuh antara Kerajaan Sarawak dan PBT.

Menurutnya, penilaian SDG di Sarawak melibatkan 24 PBT menjadikan wilayah ini yang pertama di Malaysia melaksanakan penilaian menyeluruh secara serentak.

“Skor 58 peratus ini berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan (DOSM), Kerajaan Sarawak dan PBT. Pendekatan menyeluruh ini membolehkan tindakan berskala negeri diambil bukan hanya di peringkat tempatan,” ujarnya.

Setakat ini, Majlis Bandaraya mencatatkan kadar pelaksanaan tertinggi iaitu 67 peratus diikuti Majlis Perbandaran (60 peratus) dan Majlis Daerah (52 peratus).

Tambah Norliza, dengan penyelarasan strategik, data kukuh dan sumber mampan, pencapaian Sarawak dijangka terus meningkat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan